Thursday, September 1, 2011

Perkembangan Gaharu Berumur 2 Tahun

antara pokok yang sangat subur
Perkembangan pokok gaharu membesar amat bergantung kepada persekitaran selain jarak masa setiap pokok dipindahkan ke tanah kebun. 

Antara faktor utama untuk pembesaran yang baik adalah seperti berikut:
  • tanah yang gembur dan tidak keras
  • tanah yang bersaliran baik, tiada air bertakung lama selepas hujan
  • pokok terlindung dari terik cahaya matahari
  • mendapat air yang cukup, air hujan atau siraman
Untuk penjagaan pastikan setiap minggu, hujung minggu sekiranya secara sambilan perkara berikut:
  • bersihkan rumpai yang mengganggu pokok
  • tidak menggunakan racun rumpai dan sebagainya yang akan mengurangkan nilai gaharu
  • pembajaan nutrient tambahan, di syorkan menggunakan baja zeolite
Hasil pemggunaan baja zeolite, 3 bulan sekali meningkatkan kesuburan struktur tanah. Hasilnya ia menyokong pembesaran pokok gaharu selain ia merupakan baja semulajadi.

Dalam kajian, baja tersebut juga sesuai untuk semua jenis tanaman termasuk kelapa sawit dan getah. Dalam kebun integrasi ini hasil buah kelapa juga turut meningkat walaupun penggunaanya hanya pada pokok-pokok gaharu yang ditanam dicelah-celah pokok kelapa. Hasil kelapa meningkat lebih kurang 100% kepada 750 biji/ekar. Dengan harga pasaran sekarang tuan punya kebun boleh memperoleh RM300/ekar dengan semua kerja dilakukan oleh peraih buah kelapa.


Pihak kami juga menjual menjual baja zeolite tersebut untuk penghantaran keseluruh Malaysia. Penghantaran minima adalah 40 beg bersaiz 25kg.Untuk menjimatkan kos penghantaran disarankan membuat pesanan 100 beg keatas. Sila email founder@gaharuandme.com untuk pesanan dan sebut harga. Telefon 0192762112
pastikan pokok yang condong atau hampir tumbang di tegakkan dan disokong atau diperkuatkan tanahnya

barisan pokok gaharu yang ditanam agak kemudian

pokok yang ditanam kemudian dan terdedah lebih kepada cahaya

pokok yang terlindung membesar dengan lebih subur

No comments:

Post a Comment